BRANCH MANAGER (AR RAHNU – KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR

Jawatan Kosong BRANCH MANAGER (AR RAHNU – KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR di [SYARIKAT]

KETERANGAN JAWATAN KOSONG

Description

Melaksanakan aktiviti Ar Rahnu, Pembiayaan dan Perkhidmatan Keanggotaan yang melibatkan pengoperasian, pentadbiran dan kewangan JOC serta Operasi Cawangan SAR.

A. Strategi & Perancangan

1. Memimpin, membimbing dan memastikan cawangan memenuhi KPI seperti arahan daripada Pengurusan dicapai.

2. Bertanggungjawab untuk meningkatkan dan memacu prestasi Cawangan, yang bertanggungjawab daripada hasil jualan dan pentadbiran kos efektif.

3. Memastikan operasi Cawangan keseluruhan berjalan dengan lancar dengan mengambil risiko dan pematuhan dengan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran undang-undang.

B. Pengurusan Jualan

1. Merancang, menilai dan menambah baik pembangunan Cawangan dan terus memantau prestasi operasi Ar Rahn dan produk jabatan dalaman.

2. Menyelaras dan menguruskan promosi untuk mencapai sasaran perniagaan.

3. Memastikan sasaran jualan dicapai.

4. Membangun dan menyenggara rangkaian kenalan perniagaan, pelanggan terutamanya Sahabat & PKS.

C. Pengurusan

1. Pastikan bahawa Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia di Cawangan dirancang dan dilaksanakan.

2. Bertanggungjawab untuk melaporkan perkembangan yang berkaitan dengan perniagaan dan keadaan Cawangan kepada Pengurus Jabatan.

D. Pengurusan Khidmat Pelanggan

1. Membantu dan memastikan kakitangan menawarkan kualiti dan khidmat pelanggan terbaik dan menggalakkan amalan budaya 5 Nilai Teras Koop Sahabat.

2. Mengekalkan pemahaman yang baik mengenai Amanah Ikhtiar Malaysia, Pusat Perniagaan dan jabatan-jabatan lain dalam semua bidang operasi.

3. Menyelesaikan aduan pelanggan dan melayani permintaan dalam masa yang ditetapkan.

E. Pematuhan

1. Memastikan pematuhan dengan semua kawalan dalaman, dasar serta prosedur SOP yang ditetapkan oleh syarikat dan jabatan dan juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

2. Memupuk budaya pematuhan dan kesedaran risiko di peringkat Cawangan.

3. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan dari semasa ke semasa.

4. Memastikan semua kakitangan seliaan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam mencegah wabak COVID-19.

F. Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran

1. Menganjurkan pemasaran dan perkhidmatan lawatan ke cawangan-cawangan AIM, peniagaan Sahabat untuk perniagaan gadai janji bancatakaful dan kumpulan.

2. Membangunkan strategi perniagaan dan pemasaran yang komprehensif seperti pelancaran khas dan pengiklanan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Koop Sahabat.

3. Menyediakan pelan perniagaan dan bajet serta rancangan perniagaan untuk cawangan dan menjalankan kajian untuk mengukur keberkesanan rancangan perniagaan untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan.

4. Menyelia aktiviti-aktiviti pemasaran di cawangan untuk memastikan pencapaian sasaran dan matlamat.

5. Terus mewujudkan hubungan yang baik dengan pemegang taruh untuk memberikan perkhidmatan nilai tambah.

6. Analisa produk pesaing dan harga serta berhubung dan berkomunikasi dengan Jabatan Perkhidmatan Kewangan dan Jabatan Komunikasi Korporat dalam membangunkan produk untuk memenuhi keperluan anggota dan pelanggan.

7. Bersedia untuk mengganti/memikul tugas lain sekirangan kakitangan di cawangan terhad.

Company

MENJADI KOPERASI BERTARAF DUNIA YANG CEMERLANG, KOMITED DAN BERDAYASAING SEBAGAI WADAH PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH.

DARI SAHABAT, KEPADA SAHABAT, UNTUK SAHABAT

Maklumat Tambahan Jawatan Kosong

Tahap Pekerjaan : Not Specified
Kelayakan : Hotel/Restaurant, Food/Beverage/Restaurant
Pengalaman Kerja :
Jenis Kerja : Full-Time
Pengkhususan Kerja : Hotel/Restaurant, Food/Beverage/Restaurant / 506, 107

Maklumat Syarikat Majikan, [SYARIKAT]

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad

Maklumat Tambahan Syarikat [SYARIKAT]

Saiz Syarikat :
Masa Pemprosesan Permohonan :
Industri :
Elaun dan Lain-lain :
Lokasi : Pontian