KERANI TRAVEL & TOURS

Jawatan Kosong KERANI TRAVEL & TOURS di [SYARIKAT]

KETERANGAN JAWATAN KOSONG

Description

Jawatan : Kerani Travel
Gred: D4 (RM1500 – RM2,345)
Kumpulan: Sokongan

Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPTNB) ingin mempelawa warganegara Malaysia untuk memohon dan mengisi jawatan kosong seperti yang dinyatakan. Tawaran dibuka kepada calon yang mempunyai kelayakan seperti berikut:

Syarat & Kriteria Kelayakan:
1. Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM, STPM atau Diploma dalam bidang yang berkaitan.
2. Berpengalaman kerja 1-2 tahun dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
3. Kemahiran yang baik dalam menguruskan sistem dokumentasi, pemfailan, dan sistematik.
4. Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti MS Office.
5. Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.
* Lepasan Graduan digalakkan untuk memohon.

Skop Tugas:-
1.Menerima dan membuat tempahan tiket
2.Menyediakan sebutharga tiket / hotel / pakej
3.Penerimaan tempahan dan penyediaan tour
4.Membuat permohonan visa untuk peserta
5.Menyelia tambah nilai akaun prabayar syarikat penerbangan
6.Mendapatkan harga tiket dan hotel mengikut harga pasaran

Faedah / Kelebihan:
– Persekitaran kerja yang baik
– Latihan dan kursus berkaitan disediakan
– Feadah Perubatan
– Kemudahan pengangkutan awam

Lokasi Kerja : HQ, Koperasi TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Company

Pada awal tahun 1951, mesyuarat pertama diadakan yang dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan

Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

Permohonan pendaftaran telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951.

Maka rasmilah pendaftaran Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

Pada Jun 1965, Koperasi telah menukar nama kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Negara Sendirian Berhad, dimana perubahan ini adalah sejajar dengan pertukaran nama Lembaga Letrik Pusat kepada Lembaga Letrik Negara.

Objektif utama Koperasi adalah menggalakkan aktiviti jimat cermat serta menjalankan fungsi-fungsi pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan.

Memandangkan sebutan nama ini yang agak panjang, pada tahun 1967, Koperasi telah menukar namanya kepada Koperatif Lembaga Letrik Berhad.

Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan Negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad, Koperasi juga telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.

Maklumat Tambahan Jawatan Kosong

Tahap Pekerjaan : Not Specified
Kelayakan : Admin/Human Resources, Human Resources
Pengalaman Kerja :
Jenis Kerja : Contract
Pengkhususan Kerja : Admin/Human Resources, Human Resources / 502, 137

Maklumat Syarikat Majikan, [SYARIKAT]

KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD

Koperasi TNB is reputable cooperatives society established since 1951, know become a prestigious Cooperative base on/core excellence services and business. To achieve the vision, we are now looking for suitable person for our company

Maklumat Tambahan Syarikat [SYARIKAT]

Saiz Syarikat : 51 – 200 Employees
Masa Pemprosesan Permohonan :
Industri : Consulting (Business & Management)
Elaun dan Lain-lain : Dental, Miscellaneous allowance, Medical, Loans, Vision, Regular hours, Mondays – Fridays, Formal (e.g. Shirts + Ties)
Lokasi : Kuala Lumpur