ACCOUNTANT CUM ADMIN

Jawatan Kosong ACCOUNTANT CUM ADMIN di [SYARIKAT]

KETERANGAN JAWATAN KOSONG

Description

AKAUNTAN
• Bertanggungjawab mentadbir dan merekod segala dokumen kedalam sistem perakaunan syarikat.
• Membantu berkaitan pembayaran gaji
• Bertanggungjawab terhadap implimentasi dan pemantauan sebarang sistem yang diguna pakai oleh syarikat.
• Menyedia, menyelia dan menyelenggara dokumen dan fail-fail syarikat secara sistematik. (contoh:- Dokumen order pelanggan – dari pembukaan Work order, isu invoice, sehingga pembayaran dibuat serta mengemaskini rekod).
• Pemantauan dari segi hasil dan perbelanjaan syarikat.
• Membuat dan memfailkan segala rekod-rekod harian/minggu/bulanan terhadap semua aktiviti yang berkaitan kewangan dan perakaunan.

ADMIN
• Mengendalikan maklumat sensitif atau sulit (spt jumlah pendapatan, maklumat bank, maklumat peribadi pekerja, harga pembelian dsbgnya)
• Memastikan penyusunan dan penyelenggaraan dokumentasi serta sistem pemfailan syarikat tersusun kemas, sistematik@teratur, mudah untuk diperolehi dan memenuhi keperluan semasa terutamanya untuk audit.
• Menyelenggara dan memantau perlaksanaan proses pengurusan pelanggan dan pembekal. (cth. Work order, sebutharga, pengendalian invois, payment voucher, DO, pembayaran cash dan cheque).
• Mengambil dan menyiapkan tugas atau projek tambahan mengikut keperluan serta tugas-tugas lain yang diarahkan.

KELAYAKAN:
• Mempunyai sekurang kurangnya Diploma dalam Perakaunan, Pengurusan Perniagaan Pentadbiran
• Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang akauntan dan pentadbiran adalah satu kelebihan
• Mampu berkomunikasi dengan baik
• Mempunyai pengetahuan dalam media sosial
• Mempunyai pengalaman dalam membuat ‘live’ di media sosial adalah satu kelebihan

KELEBIHAN:
• GAJI YANG LUMAYAN
• EPF dan SOCSO
• Waktu Kerja :- 9:00 am sehingga 5:30 pm
• Peluang mengembangkan karier

Company

Syarikat MPS Global Network adalah sebuah syarikat percetakan Bumiputra yang dibangunkan untuk menjadi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan cetakan fabrik bagi pelbagai jenis produk tempatan seperti cetakan pakaian sukan, pakaian korporat, tudung, kain pasang, sejadah, beg serta lain-lain produk berteraskan textil.

Syarikat ini telah beroperasi sejak 2017 dan berdaftar dengan SSM serta Kementerian Kewangan. Perkhidmatan cetakan di MPS Global Network menjadi pilihan pelbagai jenama dan syarikat tempatan yang menyokong pembangunan industri percetakan lokal termasuklah SITI KHADIJAH, KIMYRA dan lain-lain. Syarikat ini juga turut berdaftar sebagai membekal kepada badan-badan kerajaan serta syarikat swasta.

Visi syarikat adalah untuk memperkembang dan memajukan industri kreatif melalui percetakan fabrik dengan membuka peluang perniagaan serta ruang kolaborasi melalui kerjasama strategik dengan syarikat atau individu berkemahiran.

Syarikat turut berperanan menyediakan peluang pekerjaan yang eksklusif hanya di kalangan warga tempatan disamping membangunkan struktur jualan berteraskan sistem ejen sebagai inisiatif membantu individu berkeperluan untuk menjana pendapatan. Selain itu syarikat turut membuat kajian secara berterusan dalam menerajui teknik-teknik cetakan berteraskan textil agar memberi manfaat kepada pembangunan industri percetakan dan pembuatan lokal.

Maklumat Tambahan Jawatan Kosong

Tahap Pekerjaan : Not Specified
Kelayakan : Admin/Human Resources, Clerical/Administrative Support
Pengalaman Kerja :
Jenis Kerja : Full-Time
Pengkhususan Kerja : Admin/Human Resources, Clerical/Administrative Support / 502, 133

Maklumat Syarikat Majikan, [SYARIKAT]

Mps Global Network

Maklumat Tambahan Syarikat [SYARIKAT]

Saiz Syarikat :
Masa Pemprosesan Permohonan :
Industri :
Elaun dan Lain-lain :
Lokasi : Terengganu