ASSISTANT BRANCH MANAGER (SENAWANG)

Jawatan Kosong ASSISTANT BRANCH MANAGER (SENAWANG) di [SYARIKAT]

KETERANGAN JAWATAN KOSONG

Description

Merancang dan melaksanakan strategi untuk menarik perhatian pelanggan.
Memastikan jualan mencapai sasaran jualan bulanan di cawangan kedai.
Menyelaraskan standard operasi tugasan harian untuk semua bahagian atau jawatan (e.g proses jualan, tempahan dan proses bayaran).
Mengikuti dan memastikan perkembangan objektif mingguan, bulanan dan tahunan cawangan kedai selaras dengan perancangan dan matlamat pengurusan atasan.
Berhubung rapat dengan bahagian pengurusan atasan.
Memantau dan menyelenggara setiap bahagian di cawangan kedai.
Sentiasa membuat penambahbaikan dalam memastikan operasi cawangan kedai beroperasi mengikut dasar syarikat.
Menyelia dan memotivasi kakitangan untuk melakukan yang terbaik.
Membimbing dan memberi sokongan kepada jurujual baru dan sedia ada.
Berkomunikasi dengan pelanggan, menilai keperluan mereka dan mengumpulkan maklum balas daripada mereka.
Menganalisis tingkah laku pengguna dan menyesuaikan produk dengan keperluan mereka.
Mengendalikan aduan dari pelanggan.
Memastikan semua pekerja mematuhi dasar dan garis panduan polisi syarikat.
Memastikan penyusunan struktur dalaman dan luaran cawangan kedai dijaga mengikut standard syarikat yang telah ditetapkan.
Menjadi barisan hadapan cawangan kedai dan menjadi contoh kepada kakitangan unit cawangan kedai.
Bertanggungjawab menyelia dan mengurus Cawangan Valoobuy.
Mengurus lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengurusan atasan.

Company

SK Rich Trading Sdn Bhd (1204683-X) telah ditubuhkan pada Oktober 2016 Syarikat ini telah beroperasi selama empat (4) tahun hingga kini. Sejak dari awal penubuhan, kami hanya menumpukan kepada perniagaan menjual barangan dekorasi rumah di cawangan kedai dan penjualan melalui internet.
Kami telah mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk melebarkan sayap ketahap yang lebih maju dan untuk jangka masa panjang kami juga telah merancang untuk menambah cawangan demi memberi kemudahan dan lebih dekat kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
SK Rich Trading Sdn Bhd juga telah menetapkan misi untuk menjadi sebuah syarikat pembekal dan pengedar barangan dekorasi dan perabot rumah yang maju dan seiring dengan globalisasi serta “trend” terkini dunia dan visi kita Menyediakan perkhidmatan berkualiti, pantas, dan fleksibel bagi mencapai tahap seratus peratus kepuasan pelanggan.

Maklumat Tambahan Jawatan Kosong

Tahap Pekerjaan : Not Specified
Kelayakan : Sales/Marketing, Retail Sales
Pengalaman Kerja :
Jenis Kerja : Full-Time
Pengkhususan Kerja : Sales/Marketing, Retail Sales / 503, 145

Maklumat Syarikat Majikan, [SYARIKAT]

SK RICH TRADING

SK Rich Trading Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Valoobuy.com adalah kedai online yang menjual pelbagai produk perhiasan dalaman rumah. SK Rich Trading Sdn Bhd telah ditubuhkan dan ditubuhkan sejak 2016 dan sejak itu syarikat ini berkembang setiap hari. Kami berusaha untuk menjadi salah satu Pemborong & Pengedar teratas dan terbaik di luar sana.

Maklumat Tambahan Syarikat [SYARIKAT]

Saiz Syarikat : 51 – 200 Employees
Masa Pemprosesan Permohonan :
Industri : Retail / Merchandise
Elaun dan Lain-lain : Medical, Regular hours, Mondays – Fridays, Casual (e.g. T-shirts), EPF, SOCSO, EIS
Lokasi : Seremban