SALES PROMOTER

Jawatan Kosong SALES PROMOTER di [SYARIKAT]

KETERANGAN JAWATAN KOSONG

Description

Syarikat: HERBLISS (M) Sdn. Bhd.
Alamat: Lot 2931, Wisma Azco, Jalan Sultan Yahya Petra, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Jawatan: Jurujual Offline
Waktu dan Hari Bekerja : Sabtu-Khamis (8.30am – 5.00pm)
Job type : Full-time
Gaji: Basic dan komisyen yang tinggi (up to RM3000 sebulan)
Elaun dan komisyen bergantung kepada pencapaian target jualan.

TANGGUNGJAWAB UTAMA:
1. Mencari dan membuka booth event-event yang dijalankan.
2. Memperkenalkan produk kepada pelanggan.
3. Mencari peluang jualan baru dan menjana jualan melalui strategi pemasaran yang berkesan.
4. Mencari dan approach kedai-kedai yang berpotensi untuk mengambil produk syarikat.
5. Menjaga hubungan baik dengan pelanggan sedia ada dan memastikan kepuasan pelanggan terjamin.
6. Menyediakan laporan harian, mingguan dan bulanan tim jualan offline.
7. Mematuhi polisi dan prosedur syarikat dalam menjalankan tugas.

Kelayakan yang diperlukan:
1. Minimum SPM dan keatas.
2. Keutamaan kepada yang BERPENGALAMAN 1-2 tahun membuat jualan secara offline.
3. Lelaki dan Perempuan.
4. EXTROVERT
5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.
6. Berdisiplin, komited, dan berorientasikan hasil
7. Boleh bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum
8. Boleh bekerja dalam pasukan.

Kelebihan yang ditawarkan:
– Gaji Basic + Komisen yang tinggi (up to RM 3000)
– Latihan produk dan pemasaran disediakan

————————————————-

Jika anda memenuhi kelayakan di atas dan berminat untuk menyertai pasukan kami, sila hantar resume terkini dan surat permohonan melalui e-mel kepada kami. Hanya calon yang dipilih akan dihubungi untuk sesi temuduga. Terima kasih atas minat anda dalam pekerjaan ini.

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT, SILA EMAIL RESUME/CV:

******@sihate.com

WHATSAPP – 0149658***

Company

Kami tampil berbeza bukan sekadar ingin jadi berbeza. Bukan juga mencari publisiti kerana dilihat berbeza. Perjuangan kami adalah untuk memberikan pilihan makanan tambahan yang lebih baik kepada para pengguna seperti anda.

Setiap kelebihan bahan yang diketengahkan adalah berdasarkan sumber rujukkan yang berkredibiliti. Tanpa perlu pemasaran yang mengelirukan. Tanpa perlu gembar-gembur perkara yang tidak perlu. Tanpa perlu menggunakan nas-nas agama diluar konteks.

Kami terpaksa tampil berbeza. Supaya anda boleh mengamalkan makanan yang benar-benar berkhasiat. Supaya anda boleh merasai makanan yang benar-benar asli. Supaya anda boleh menggunakan makanan yang benar-benar selamat.

Kami percaya anda juga sama, inginkan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang tersayang. Anda pasti akan memilih makanan tambahan yang berkhasiat, asli dan selamat untuk diamalkan seisi keluarga.

Menggengam dasar perjuangan ini, kami mengasaskan Sihaté agar menjadi jenama pilihan bagi pengguna yang mementingkan makanan tambahan berkualiti tinggi untuk kesihatan diri dan keluarga tersayang. Insyallah!

Maklumat Tambahan Jawatan Kosong

Tahap Pekerjaan : Not Specified
Kelayakan : Sales/Marketing, Retail Sales
Pengalaman Kerja :
Jenis Kerja : Full-Time
Pengkhususan Kerja : Sales/Marketing, Retail Sales / 503, 145

Maklumat Syarikat Majikan, [SYARIKAT]

Herbliss Sdn Bhd

Maklumat Tambahan Syarikat [SYARIKAT]

Saiz Syarikat :
Masa Pemprosesan Permohonan :
Industri : Others
Elaun dan Lain-lain :
Lokasi : Kota Bharu