Jawatan Kosong Terkini Majlis Sukan Wilayah Persekutuan - Pemandu Kenderaan | Tarikh Tutup: 18 Jun 2018

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.


Warganeraga Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Butiran terperinci mengenai jawatan ini ialah :

1. Jawatan / Kumpulan / Skim / Perkhidmatan

(a) Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred H11

(b) Kementerian/ Jabatan : Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kemahiran

(d) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

(e) Kekosongan Jawatan : Satu (1) Kekosongan

2. Jadual Gaji Gred H11 : Minimum : RM 1,218.00 - Maksimum : RM 2,939.00

3. Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00

4. Taraf Jawatan : Kontrak

5. Tempoh Lantikan : 1 tahun

6. Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d) Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P);

(e) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;

(f) Gaji permulaan pada Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu :
Lesen D : RM1,264.00

Lesen E/E1/E2 : RM1,310.00

Lesen F/H : RM1,356.45

Lesen G/I : RM1,402.60

(g) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnyaGred

C) dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(h) Mempunyai tiga (3) hingga lima (5) tahun pengalaman memandu.

7. Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda dan bas.

8. Cara Memohon
(a) Borang Permohonan boleh didapati daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya dengan memuat turun dari laman sesawang : http://www.wipers.gov.my

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu Salinan Sijil, Kad Pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

9. Tarikh Tutup Permohonan
Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos) hendaklah diterima oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan selewat-lewatnya pada 18 Jun 2019. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

10. Alamat Penghantaran
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti d bawah :

Pengarah
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
62100 PUTRAJAYA


11. Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga bagi jawatan ini.

12. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temu duga tersebut.

13. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.

Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jawatan Kosong Terkini Majlis Sukan Wilayah Persekutuan - Pemandu Kenderaan | Tarikh Tutup: 18 Jun 2018"

Post a Comment